Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catering servicekhidmat sajian/ khidmat kateringUmumTiadaTiada
Merchant BankBank SaudagarEkonomiEkonomi IslamBank yang berperanan sebagai penjamin dan pemberi khidmat nasihat kepada pengeluar sekuriti dan pelabur dalam bidang pasaran wang dan modal serta kepada pemegang derivatif ekuiti seperti hak langganan boleh pindah, opsyen stok dan waran stok. Bank ini juga menawarkan khidmat-khidmat tersebut kepada pengeluar dan pelabur yang menggunakan instrumen sekuriti Islam.
application service provider (ASP)pembekal khidmat aplikasi (ASP)Teknologi MaklumatTiadaPembekal khidmat Internet(ISP) yang menawarkan khidmat dalam bentuk khas dari segi pengehosan aplikasi perisian yang disewa kepada pelanggan. Pembekal khidmat aplikasi merupakan syarikat yang membekal aplikasi atau perkhidmatan yang mengedarkannya ke seluruh rangkaian untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat lain yang ingin menjimatkan kos mendapatkan perkhidmatan pembekal khidmat aplikasi.
CSU/DSU (channel service unit/data service unit)CSU/DSU (unit khidmat saluran/unit khidmat data)Teknologi MaklumatTiadaPeranti yang menukar bingkai data digital daripada LAN ke bingkai yang sesuai seperti WAN dan sebaliknya.
repairbaiki; sulamKejuruteraanTiadaBaiki: Memulihkan sesuatu daripada keadaan tak boleh khidmat kepada keadaan boleh khidmat melalui penggantian bahagian, komponen atau pasangan.
public service announcementpengumuman khidmat awamKomunikasiKorporatMesej ringkas yang dihasilkan dalam bentuk filem, video atau audio untuk siaran radio, televisyen dan filem. Mesej pengumuman khidmat awam mengandungi maklumat yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan maklumat, nasihat, penjelasan, dan peringatan mengenai sesuatu yang memberikan kepentingan kepada khalayak. Sumber maklumat ini biasanya disediakan oleh pihak bertanggungjawab yang mempunyai urusan dengan aktiviti masyarakat, seperti agensi kesihatan, pendidikan, keselamatan, dan penyelia kemudahan awam. Mesej biasanya ringkas dan bersifat langsung supaya mudah difahami. Sumber mesej juga dicatatkan supaya maklumat lebih berwibawa. Mesej dibentuk dan disediakan secara kreatif dalam bentuk audiovisual untuk televisyen, dan audio untuk siaran radio. Adakalanya persembahan mesej disokong dalam bentuk dramatik, penyataan langsung, atau dendang. Pengumuman khidmat awam di televisyen boleh juga disiarkan secara gerak lintang, sama ada di bahagian bawah atau di atas skrin, atau di sudut tertentu di skrin berkenaan bagi mengiringi rancangan yang sedang disiarkan. Pada kebiasaannya, kos penerbitan adalah rendah dan tidak dikenakan kos siaran seperti dalam pengiklanan. Keadaan tersebut berlaku kerana siaran ini tidak menjana keuntungan kewangan kepada pihak yang terlibat. Kekerapan penyiaran maklumat dalam sesuatu tempoh kempen dirancang oleh pihak perhubungan awam agensi yang menyediakan pengumuman khidmat awam dengan nasihat dan kebenaran stesen penyiaran yang terlibat. Sinonim hebahan khidmat awam.
national servicekhidmat negaraPentadbiranPentadbiran Awam

Latihan pelbagai program seperti bina semangat, daya tahan, kemahiran penggunaan senjata dan sebagainya yang diberikan kepada golongan muda sebagai persediaan negara daripada sebarang ancaman keselamatan. Latihan khidmat negara ini biasanya disediakan oleh negara yang tidak mempunyai bilangan tentera yang mencukupi dan dengan itu memerlukan bantuan golongan muda secara simpanan. Ia dilaksanakan dalam jangka masa yang sederhana panjang, antara beberapa bulan di tempat atau kem latihan yang disediakan. Di Malaysia, khidmat negara ini dilaksanakan di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menumpukan kepada pembinaan negara bangsa, motivasi dan kemantapan akhlak.

outsourcingkhidmat luaranTeknologi MaklumatTiadaOrganisasi menggunakan khidmat pembekal untuk memproses data bagi sistem maklumatnya.
umbilicaltali khidmatAeroangkasaTiada1. Tali khidmat: Talian untuk menyampaikan bekalan daripada kompleks pelancar kepada pesawat sebelum pelancaran atau daripada pesawat kepada angkasawan yang berada di angkasa.
meteorological servicekhidmat meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKhidmat untuk membekalkan maklumat meteorologi untuk meningkatkan keselamatan, dan keberkesanan pengangkutan darat, laut, dan udara; serta keberkesanan aktiviti yang berkaitan dengan sumber seperti air, dan pertanian.
12345678910...

Kembali ke atas