Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg terapung-apung di air, Lemna spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiambang

Puisi
 

Dari hulu sampai ke hilir,
     Pokok kiambang tumbuh melata;
Cubalah ingat cubalah fikir,
     Siapalah dia di depan kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kiambangbunga kiambangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga kiambang.
duckweed (lemna)kiambang (lemna)PerikananTiadaTiada
sumping kinayupuh(Ir.)sumping kinayupuh(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga kiambang.
macrophytemakrofitBiologiEkologiTumbuhan akuatik yang terdapat di dalam kolam, sungai, atau laut. Misalnya, kiambang, Pistia stratiodes, keladi bunting, Eichhornia crassipes di air tawar, serta alga perang, Sargassum sp., dan Turbinaria sp. i laut.
wetland treatment systemsistem olahan tanah bencahKejuruteraanTiadaSistem olahan air sisa yang terdiri daripada satu jasad air cetek yang ditanami tumbuhan rintang air seperti kiambang untuk mengolah sisa.
aquatic planttumbuhan akuatikPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tawar atau di kawasan berair. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tumbuhan timbul, tenggelam dan terapung. Contoh tumbuhan akuatik ialah teratai, telipuk dan kiambang.
concretekonkritKesusasteraanPuisiPerihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba.
free floating planttumbuhan terapung bebasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang
canon of poetrypiawai nilai puisiKesusasteraanPuisiPeraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang.

Kembali ke atas