Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kias]/[qias] | قياس

Definisi : Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. per­bandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. mem­perbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. mem­buat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kias]/[qias] | قياس

Definisi : ; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyem­buhkan penyakit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kias]/[qias] | قياس

Definisi : 1 contoh yg baik yg terkandung dlm cerita dll; teladan: cerita-cerita yg di dlmnya terdapat ~, ibarat, dan pelajaran. 2 contoh yg telah ada; perbandingan sesuatu dgn sesuatu hal yg telah berlaku; analogi. berkias bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KiasDaeng RamliakilAl Islam1 February 1995
Mesej Syair KiasNaapie MatDewan Sastera1 November 2002
Perumpamaan dan kias ibarat membijaksanakan cara berfikirAripin SaidPelita Bahasa1 April 1992
Gaya bahasa dala Syair KiasNaapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 February 2004
Nasionalisme, Dimensi, dan Gejala Bahasa Kias dalam PuisiA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 September 2002
Memahami Pemikiran Penyair Melalui Bahasa KiasA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 August 2006
Nilai dan Pengajaran dalam "Syair Kias" dan "SyairRaja Ditaati Rakyat Dikasihi"Naapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 May 2004

Kembali ke atas