Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kia.san] | قياسن

Definisi : 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kia.san] | قياسن

Definisi : 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,

Peribahasa

Ketika gagak putih,
     bangau hitam.

Bermaksud :

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya masih kurang pasti untuk membezakan kiasan sandar dengan kiasan terus. Bolehkan Munsyi Dewan menjelaskan perbezaan antara dua jenis kiasan ini dan bagaimanakah untuk membezakannya. Adakah kedua-dua kiasan ini merupakan simpulan bahasa? Sekian, terima kasih.

Tiada maklumat berkaitan dengan kiasan sandar dan kiasan terus dalam pangkalan DBP. Namun daripada maklumat daripada web, kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang dikiaskan. Contohnya :mandi kerbau (mandi seperti kerbau, tidak bergosok dan sebaliknya menambah daki); tidur ayam (tidur tidak lelap betul); pening lalat dan jinak merpati.

Kiasan terus pula ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain. Contohnya kutu embun (orang yang suka merayau-rayau dengan tidak tentu tujuan pada malam hari), mabuk laut dan naik darah.

Makna08.08.2014
BAHASA KIASANMenurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna18.12.2006
Assalamualaikum. Boleh tak terangkan maksud kiasan berkacau?Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Kiasan berkacau tiada dalam pangkalan data kami.Makna17.07.2014
Apakah kegunaan bahasa kiasan?Bahasa kiasan - digunakan sebagai pertimbangan mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan, mengibaratkan atau membuat sindiran yang ditujukan kepada seseorang.Lain-lain29.09.2006
Saya sedang membuat kajian tentang cerpen bertajuk "Pisang untuk Beruk Merdeka" yg dikarang oleh Tie Camar dikeluarkan oleh majalah Pelita Bahasa Aprril 2008. Saya kena ulas dari aspek bahasa sastera seperti bhs kiasan. Dalam bahasa kiasan ada 9 item yg perlu sy komen .... boleh tolong saya bagaimana saya nak huraikan dengan baik.Bahasa kiasan mempunyai sembilan (9) aspek. Berdasarkan karya tersebut, sdr buatkan bandingan atau contoh teks (berdasarkan cerpen berkenaan) dan kaitkan dengan aspek  yang mendasari bahasa kiasan. Sebagai contoh, pisang kiasannya untuk makanan atau pengisian kepada pengertian kemerdekaan berdasarkan kepada watak beruk. Dalam hal ini, untuk lebih jelas sdr. perlulah berbincang dengan guru yang memberi arahan kerja projek tersebut. Sekian dan salam.Lain-lain21.02.2009
Assalamualaikum w.b.t..sy merupakan pelajar phd pendidikan Bahasa Melayu.Saya ingin bertanya,adakah kata majmuk bahasa kiasan dan simpulan bahasa itu adalah sama? Hal ini demikian kerana kata majmuk bahasa kiasan diajar dalam aspek tatabahasa, manakala simpulan bahasa pula adalah merupakan sebahagian daripada peribahasa. Saya meminta jasa baik pihak tuan untuk memberikan pencerahan.Terima kasih.Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Persamaan antara kedua-dua jenis bahasa ini ialah ungkapan yang terbentuk berbeza dengan makna asal perkataan-perkataan tersebut. Kedua-dua jenis bahasa ini juga menjadi bahagian daripada kata majmuk. Walau bagaimanapun, dalam pencarian kami tidak menemukan ungkapan yang berfungsi sebagai bahasa kiasan juga simpulan bahasa. Oleh itu, perlu kajian yang lebih mendalam untuk membuktikan kata majmuk bahasa kiasan itu adalah sama dengan simpulan bahasa.

Tatabahasa19.06.2023
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih.Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.
Tatabahasa31.07.2013
Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut tentang bahasa kiasan?Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Terdapat banyak bahan bacaan berkaitan dengan bahan kiasan atau saudara boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan klik pada bahan carian. Tajuk-tajuk berkaitan bahan yang dicari akan dipaparkan pada skrin.Lain-lain19.10.2007
apakah maksud metafora?Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi.Makna17.02.2013
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih.Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut.Penyelidikan26.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas