Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; kikisan kerikan; pengikisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengikis; pengikis alat utk mengikis, pengerik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. pengikis 1 alat utk mengikis. 2 orang yg mengikis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikis


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
strip 2 ~ away, a. remove little by little st attached to a surface, mengikis: let’s ~ away the old wallpaper and give the room a new coat of paint, mari kita kikis kertas hias dinding yg lama itu dan kita cat dinding itu dgn cat baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wean~ so. /(away) from, off/, a. (habit, hobby) menghentikan sso drpd: it was difficult to ~ him from smoking, memang sukar hendak menghentikannya drpd merokok; b. (influence, misconception, etc) mengikis [sst] dr sso: try to ~ him away from the idea that he’s a failure, cuba kikis tanggapan darinya bahawa dia orang yg gagal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas