Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; kikisan kerikan; pengikisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengikis; pengikis alat utk mengikis, pengerik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. pengikis 1 alat utk mengikis. 2 orang yg mengikis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikis


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kikis sikap buruk utama diri sendiriAdibah AminBerita Harian27.08.1991
Kikis nilai tradisi yang merugikan: PMTiadaSabah Times25.09.1987
Kikis cakap di kedai kopi - ZainuddinTiadaMingguan Malaysia09.12.1983
Kikis budaya perkecil ciri fizikal wanitaSalbiah AniBerita Harian19.08.1996
Kikis perasaan rendah diriTiadaBerita Harian21.07.1998
Kikis fahaman jumud demi kemajuan bangsaJailani HarunBerita Harian10.11.1992
Kikis nasionalisme sempit - MahathirMohd. Sidik SallehUtusan Zaman19.12.1982
Kikis Imej 'Jalang'Kalsum AhmadBacaria04.06.1994
Kikis sikap negatif sebutan bakuFadzli M. ZBerita Harian18.12.1987
Kikis budaya saat akhirAhmad Nazri MohamadHarian Metro09.01.2006
123

Kembali ke atas