Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; kikisan kerikan; pengikisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengikis; pengikis alat utk mengikis, pengerik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kis] | کيکيس

Definisi : ; mengikis 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. pengikis 1 alat utk mengikis. 2 orang yg mengikis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikis


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
abrasivesalat kikisTiadaalat kikisFarmasi
abrasivesbahan kikisTiadabahan lelasSukan
abradable shroudselubung kikisselubung lelasselubung lelasKejuruteraan Kapal Terbang
erosive burningpembakaran erosif; pembakaran kikispembakaran hakispembakaran hakisAeroangkasa
corrosive chemicalbahan kimia kikis / kakisbahan kimia kakisbahan kimia kakisPertanian
beach seinepukat pantai/ pukat redi/ jaring aradpukat kikis/pukat tarik pantaipukat tarik pantaiPerikanan

Kembali ke atas