Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lat] | کيلت

Definisi : 1. cahaya yg memancar di langit (biasa­nya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepan­tasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluar­kan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadi­kan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : ; ~ bahu kelat bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jangkar paya, Icicaster planchoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : 1 cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi: ~ sabung-menyabung di langit. 2 cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau: ~ kasut. berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan: Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri. kilatan cahaya yg berkilat: ~ api cetusan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilat

Puisi
 

Orang menjaring kilat menyolak,
     Dapat seekor ikan puput;
Orang biring saya jalak,
     Tuan saya jangan diikut.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kilat beliung sudah di kaki,
     kilat pisau sudah ke tangan,
kilat cermin sudah ke muka.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lightningkilatMeteorologiMeteorologi PerhubunganFenomena bercahaya yang mengiringi nyahcas elektrik, yang terjadi semasa ribut petir. Nyahcas ini berlaku sama ada di dalam awan ribut petir, di antara awan ke awan, atau antara awan dengan bumi. Terdapat pelbagai bentuk kilat seperti kilat tunggal, kilat reben, kilat roket, kilat haba, dan kilat bola.
lighting rodrod kilatTeknikElektrikRod yang dipasang dari bumi ke puncak bangunan sebagai pelindung bangunan daripada bahaya kilat. arus kilat akan mengalir ke dalam rod kilat, dan terus ke bumi dan tidak ke bangunan.
lighting arresterpenangkap kilatTeknikElektrikPeranti yang melindungi peralatan elektrik daripada bahaya voltan tinggi akibat kilat yang boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan alat. Peranti ini akan tersambung ke bumi apabila disambar kilat dan seterusnya mengalirkan voltan/arus tinggi itu ke bumi. Apabila keadaan pulih, alat ini seolah-olah tidak mempunyai sambungan ke bumi dan kembali kepada sifat asalnya. Ada pelbagai jenis penangkap kilat termasuklah penangkap kilat dawai pengaruh, penangkap kilat dawai yang diselaputi perak (untuk bangunan), dan penangkap kilat aerial.
thunderguruhMeteorologiMeteorologi PerhubunganBunyi kuat yang menyertai panahan kilat, disebabkan oleh pemanasan dan pengembangan serta-merta udara disepanjang laluan kilat tersebut. Jarak kilat dari pemerhati dapat dianggarkan dengn mengira selang masa antara panahan kilat dilihat dan petir didengar, iaitu 1 km setiap 3 saat. Guruh jarang kedengaran dalam jarak yang melebihi 20 km, walaupun jarak 65 km pernah dilaporkan.
lightning echogema kilatSainsHidrometeorologiSejenis kilat yang terhasil daripada penambahan kebolehpantulan radar berkaitan dengan turus gas terion yang terdi akibat luahan kilat. Jangka masa biasanya adalah dalam lingkungan 0.25 saat. Gema radar daripada kilat boleh dicerap sama ada pada petunjuk modul amplitud atau petunjuk modul keamatan. Pada petunjuk modul amplitud gema radar wujud sebagai gema kuat mendadak atau kumpulan gema yang naik ke atas dari gema kerpasan yang berkaitan dengannya.
forked lightningkilat bercabangGeologiTiadaBentuk kilat yang kelihatan bercabang-cabang menghala ke bawah dari alur kilat utama semasa nyahcas awan-ke-bumi.
streak lightningkilat tunggalSainsHidrometeorologiKilat biasa, iaitu luahan awan ke bumi, yang nampak tertumpu dalam saluran kilat yang tunggal dan agak lurus.
streak lightningkilat tunggalMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilat biasa iaitu luahan awan ke bumi yang nampak tertumpu dalam saluran kilat yang tunggal dan agak lurus.
ball lightningkilat bolaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi.
forked lightningkilat cabangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi.
12345678910...

Kembali ke atas