Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : seribu gram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1000 gm atau (= 2.2 lb atau 1 kati 10 tahil); ~ kalori kilokalori; ~ piawai ukuran kilogram antarabangsa (= 2.2 lb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : unit berat yg beratnya seribu gram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilogram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Soalan: Dua setengah kilogram ataupun dua kilogram setengah? Terima kasih.Drasa yang betula ialah dua setengah kilogram, angka (dua setengah) dan diikuti unit.Tatabahasa29.07.2015
Selamat sejahtera. Ingin bertanya tentang soalan kesalahan umum tatabahasa. " satu setengah kilogram atau satu kilogram setengah" " tiga suku jam atau tiga jam suku " yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "satu setengah kilogram" dan "tiga suku jam", iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Lain-lain06.08.2015
istilah manakah yang betul ? dua kilogram setengah atau dua setengah kilogramFrasa yang betul ialah dua setengah kilogram, jumlah/kiraan dan diikuti unit.Tatabahasa28.04.2013
Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah.Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah.
Ayat tersebut betul,  kiraan/ jumlah (tiga setengah) diikuti dengan unit (kilogram).
Tatabahasa29.05.2013
yang mana betul? Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. atau Emak membeli satu kilogram setengah gula di kedai. Saya mempunyai koleksi lagu-lagu P.Ramlee. atau Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee.Yang betul ialah; 1. Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. 2. Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee.Tatabahasa19.05.2007
Saya dapati singkatan bagi kampung dan kilogram ditulis dengan huruf kecil, iaitu kampung (kg.) dan kilogram (kg). Adakah yang membezakan kedua-duanya ialah tanda titik? Adakah tanda baca "titik" itu yang menjadi pembeza antara kedua-duanya atau tanda titik itu boleh ditiadakan dan pengguna bahasa dapat memahami kedua-duanya melalui peranan konteks.Kg. merupakan singkatan bagi perkataan “Kampung”  untuk nama khas sahaja, manakala kg merupakan kependekan untuk “kilogram” berdasarkan unit SI. Tatabahasa10.03.2023
bolehkah perkataan 'ia' digunakan untuk merujuk selain daripada manisia? Hal ini adalah kerana 'ia' adalah kependekan daripada perkataan dia. Mana satukah yang betul... satu kilogram setengah atau satu setengah kilogram?Ia ialah kependekan kata ganti nama dia dan ia juga boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Frasa yang betul ialah satu setengah kilogram, iaitu nombor bacaan (satu setengah) diikuti dengan unit kiraan(kilogram).Tatabahasa12.07.2011
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram?Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg.Lain-lain24.02.2007
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.

Jawapan yang betul ialah:

1. Ibu membeli satu setengah kilogram buah langsat.

2. Kakak menggunakan satu setengah meter kain untuk membuat blaus.

3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.

4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Lain-lain11.01.2024
12

Kembali ke atas