Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia analisis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIMIA ANALISIS

Kimia analisis ialah satu cabang kimia yang

berkaitan dengan perkembangan dan penggunaan

teknik untuk ukuran kimia. Teknik ini digunakan

untuk menganalisis komposisi kimia bahan.

UMUM 
ANALISIS KIMIAIndustri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran.KEJURUTERAANKonsep
ANALISISKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ANALISIS JEPITKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
LIEBIG, BARON VON

Liebig, Baron von (1803–1873), membantu

mengasaskan kimia organik, iaitu kajian

tentang sebatian yang mengandungi karbon.

Dia membuat banyak penemuan dalam bidang

ini dan memperbaik kaedah analisis organik.

UMUM 
PETROLOGI

Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang

mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli

petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia

yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis

batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan

(lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu

pencarian bukti tentang asal usul dan

perkembangan kejadian bumi.

UMUM 
ABU

 Abu ialah bahan yang tinggal selepas sesuatu

bahan organik terbakar. Perkataan abu biasanya

merujuk kepada mineral yang diperoleh daripada

batu arang, kayu, atau bahan bakar lain yang

terbakar. Analisis abu makanan atau  bahan

terbakar yang lain boleh menentukan mineral yang

terkandung di dalamnya. Misalnya, ujian kimia abu

susu yang terbakar menunjukkan bahawa ia

mengandungi kalsium. Abu rumpai laut mempunyai

kandungan iodin yang tinggi. Abu terbang , iaitu

debu yang dikeluarkan oleh loji kuasa yang

membakar batu arang, biasanya digunakan sebagai

baja tanah.

UMUM 

Kembali ke atas