Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia analisis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qualitative analysisanalisis kualitatifKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian dan pengecaman komponen-komponen dalam sampel.
quantitative analysisanalisis kuantitatifKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia yang berkaitan dengan penentuan amaun komponen-komponen dalam sampel.
activation analysisanalisis pengaktifanKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia berdasarkan pengenalan dan pengukuran sinaran daripada nulid yang terbentuk melalui penyinaran.
absorptiometric analysisanalisis absorpsiometrikKimiaKimia AnalisisKaedah dalam analisis kimia yang berdasarkan pengukuran puncak panjang gelombang penyerapan sinaran elektromagnet yang berbeza bagi unsur atau bahan yang tertentu.
macroanalysismakroanalisisKimiaKimia AnalisisAnalisis yang melibatkan saiz sampel yang melebihi 0.1 g.
electrogravimetryelektrogravimetriKimiaKimia AnalisisAnalisis elektroendapan melalui pengendapan kuantitatif suatu unsur daripada larutannya pada satu elektrod. Kuantiti unsur yang terendap boleh ditentukan dengan menimbangkan elektrod itu sebelum dan selepas pengendapan.
analytical balanceneraca analisisKimiaKimia AnalisisNeraca yang mempunyai kepekaan 0.1 – 0.01 miligram.
colour testujian warnaKimiaKimia AnalisisAnalisis kuantitatif sesuatu bahan dengan membandingkan keamatan warna yang dihasilkan oleh reagen di dalam sampel dengan warna piawai larutan yang sama.
microdiffusion analysisanalisis pemikrobauranKimiaKimia AnalisisKaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen.
radioactive analysisanalisis radioaktifKimiaKimia Analisislih. analisis pengaktifan.
12345678910...

Kembali ke atas