Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon; penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (ilmu) kimia me­ngenai bahan-bahan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia organik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WOODWARDS, ROBERT BURNSAhli kimia organik Amerika Syarikat yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1965 kerana sumbangannya dalam bidang kimia organik sintetik.KIMIATokoh
KIMIA ORGANIK

Kimia organik ialah kajian tentang sebatian

yang mengandungi atom karbon. Atom karbon

adalah luar biasa kerana ia boleh membentuk

ikatan kimia dalam banyak cara yang berbeza,

dengan lain-lain atom karbon dan dengan lain-lain

unsur kimia. Hasilnya, banyak jenis sebatian yang

mengandungi karbon boleh wujud. Ahli sains telah

mengenal pasti beberapa juta sebatian organik.

UMUM 
ASID TARTARIK

Asid tartarik ialah kimia organik yang terdapat

secara semula jadi di dalam buah anggur dan

beberapa jenis buah-buahan yang lain. Asid ini

biasanya digunakan untuk pengeluaran jem dan

minuman anggur berkarbonat. Kebanyakan asid

tartarik komersial diperoleh sebagai hasil

sampingan industri wain. Kristal asid yang tidak

berwarna ini diterbitkan daripada kalium

hidrogen tartrat atau argol yang berkumpul di

dinding tong wain semasa proses penapaian

anggur.

UMUM 
LIEBIG, BARON VON

Liebig, Baron von (1803–1873), membantu

mengasaskan kimia organik, iaitu kajian

tentang sebatian yang mengandungi karbon.

Dia membuat banyak penemuan dalam bidang

ini dan memperbaik kaedah analisis organik.

UMUM 
KIMIA TAK ORGANIK

Kimia tak organik lihat Kimia.

UMUM 
ASID ASETIK

Asid asetik ialah asid organik dan bahan kimia

industri yang penting. Asid asetik memberi rasa

masam kepada cuka. Cuka yang digunakan di

rumah mengandungi lebih kurang lima peratus

asid ini. Asid asetik tulen dikenali sebagai asid

asetik glasial kerana asid ini memejal pada suhu

17 ° C, iaitu suhu bilik sejuk. Apabila dicairkan

dengan air, asid ini dikenali sebagai asid asetik.

UMUM 
ALDEHID

Aldehid ialah satu kumpulan sebatian kimia

organik yang penting. Aldehid digunakan dalam

industri untuk membuat banyak keluaran.

Formaldehid dan furfuraldehid ialah aldehid

yang digunakan untuk membuat plastik.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
ETILENA

Etilena, gas organik, ialah satu daripada bahan

kimia perindustrian yang terpenting di dunia.

UMUM 
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM 
12

Kembali ke atas