Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia polimer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
syndiotacticsindiotaktikKejuruteraanPolimerSusunan dalam struktur kimia polimer yang kumpulan sisi di rantaian utama tersusun secara selang-seli. L.j. ketaktikan.
atacticataktikKejuruteraanPolimerSusunan di dalam struktur kimia polimer yang kumpulan sisi pada rantaian utama tersusun secara rawak. L.j. ketaktikan.
isotacticisotaktikKejuruteraanPolimerSusunan struktur dalam kimia polimer yang sama kumpulan sisi di rantaian utama polimer tersusun pada satu bahagian atau sisi yang sama. L.j. ketaktikan.
epplied chemistrykimia gunaanKimiaTiadaCabang ilmu kimia yang berkaitan dengan penggunaan teknologi kimia untuk memberi faedah secara langsung kepada industri atau untuk kebajikan manusia. Misalnya, kimia polimer.
liquid crystalline polymerpolimer habluran cecairKejuruteraanPolimerSing. polimer LC. Polimer yang mampu menghablur di dalam fasa cecair, sama ada dalam bentuk leburan atau larutan. Polimer ini biasanya ialah kopolimer poliester aromatik, iaitu sejenis termoplastik kejuruteraan yang mempunyai modulus dan kekuatan yang tinggi, ketahanan kimia yang tinggi, dan tidak mudah terbakar. Contoh polimer ini ialah Kevlarâ keluaran DuPont, iaitu poli(p-fenilena tereftalamida). Sin. polimer mesomorfik.
polymerpolimerKimiaTiadaSebatian yang terbentuk daripada penggabungan kimia beberapa banyak monomer. Polimer terbahagi kepada polimer semula jadi (seperti protein) dan polimer buatan (seperti polietilena).
repeating unitunit ulanganKejuruteraanPolimerUnit struktur kimia yang berulang-ulang di dalam rantai polimer yang membezakan sesuatu polimer dengan polimer yang lain.
end group analysisanalisis kumpulan hujungKejuruteraanPolimerKaedah penentuan secara kuantitatif bilangan kumpulan hujung dalam satu-satu sampel polimer menerusi kaedah kimia atau spektrografi. Bagi polimer linear, iaitu polimer tanpa cabang, purata nombor berat molekul bahan berkenaan boleh diperoleh daripada pengiraan nilai berat sampel dibahagi dengan separuh nilai bilangan kumpulan hujung yang telah ditentukan melalui kaedah analisis kumpulan hujung.
epoxy resinresin epoksiKejuruteraanPolimerPolimer tak tepu berberat molekul rendah yang mengandungi kumpulan epoksi yang digunakan sebagai prapolimer untuk penghasilan polimer yang tahan kimia dan tahan haba selepas diawet dengan agen pengawet. Contoh kegunaan resin epoksi adalah sebagai penyalut, lantai makmal dan perekat.
engineering polymerpolimer kejuruteraanKejuruteraanPolimerPolimer yang menawarkan gabungan ciri kekuatan, ketegaran, kekukuhan, tahan lelasan, tahan kimia dan tahan haba yang tinggi. Misalnya, poliamida, asetal, polikarbonat, dan poliester.
12345678910...

Kembali ke atas