Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kim.pal] | کيمڤل

Definisi : padu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah di­buat sesuatu (bukan emas urai); mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; pengimpalan proses atau perbuatan me­ngimpal; pengimpal orang yg mengimpal, tukang kim­pal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kim.pal] | کيمڤل

Definisi : ; mengimpal 1 menitik emas dll utk dijadikan sesuatu; menempa. 2 menyambung besi dll dgn memanaskannya dan menitiknya. kimpalan apa-apa yg telah dikimpal; hasil perbuatan mengimpal. pengimpalan perbuatan atau hal mengimpal. pengimpal orang yg mengimpal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimpal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah.Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:
1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL)
2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan)
3. hp (pembetulan: TB)
4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) 
Lain-lain06.07.2017
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ”

Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah:

1. Pemasang Konkrit Pratuang
2. Pemasang Sistem Acuan
3. Pemasang Sistem Blok
4. Pemasang Kekuda Bumbung
5. Tukang Plaster
6. Tukang Jubin
7. Penurap Bata
8. Pelentur Bar
9. Tukang Kayu
10. Pengkonkrit
11. Pemasang Dinding Kering
12. Pemasang Siling
13. Tukang Cat
14. Pengendali Loji
15. Perancah
16. Pengendali Kren
17.Pemasang Anduh dan Rig

18. Tukang Paio

19. Jurujaga atau Penjaga Jentera

20. Penyambung Kabel

21. Pendawai atau Pemasang Dawai

22. Pengimpal atau Tukang Kimpal

23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia

24. Pakar Catan dan Semburan

25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal

26. Penyiasat Tanah

Istilah20.12.2016

Kembali ke atas