Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.né.ma.tik] | کينيماتيک

Definisi : (kinématik) 1. (Komp) proses mem­plot atau menganimasikan pergerakan sesuatu bahagian struktur yg sedang direka bentuk dlm kejuruteraan bantuan komputer; 2. (Mat) cabang matematik gunaan yg mengkaji bagai­mana halaju dan pecutan pelbagai bahagian sesuatu sistem bergerak dihubungkaitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kinematik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kinematic diagramgambar rajah kinematikMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan jasad berserta vektor halaju (gambar rajah kinematik halaju) atau vektor pecutan (gambar rajah kinematik pecutan) yang berpadanan dengan sebarang titik pada jasad itu. gambar rajah kinematik dilukis untuk memudahkan penerapan persamaan kinematik. Lihat juga persamaan kinematik.
kinematical quantititeskuantiti kinematikMekanikGunaanTiga kuantiti yang memerihalkan kinematik jasad. Kuantiti itu ialah kedudukan, halaju dan pecutan. kuantiti kinematik juga dinamai pemboleh ubah kinematik.
kinematicskinematikMekanikGunaanCabang ilmu dinamik yang menghasilkan geometri gerakan tanpa merujuk sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. Pada umunya, kinematik jasad dicirikan oleh sesaran jasad itu serta terbitan-terbitan masa bagi sesaran, iaitu halaju dan pecutan. Kinematik memerihalkan hubungan di antara jarak, halaju, pecutan dan masa. Lihat juga kuantiti kinematik.
kinematic inversionpenyongsangan kinematikMekanikGunaanProses pengubahan sesuatu mekanisme kepada mekanisme yang lain dengan cara menetapkan paut yang lain dalam rangkaian kinematik yang berkenaan. Lihat juga mekanisme, rangkaian kinematik.
kinematic viscositykelikatan kinematikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKelikatan bendalir yang dibahagi dengan ketumpatannya, yang diungkapkan sebagai u = m/r, dengan m = kelikatan dinamik (poise), r = ketumpatan (kg/m3), u = kelikatan kinematik (m2/s � stokes). Kelikatan kinematik digunakan untuk menandakan nilai kelikatan yang peka kepada perubahan julat suhu yang kecil.
mechanismmekanismeMekanikGunaanRantaian kinematik apabila salah satu daripada pautnya ditetapkan. Dari sesuatu rantai kinematik, sebilangan mekanisme yang berlainan dapat diperoleh. Mekanisme yang digunakan untuk memindahkan daya dinamai mesin. Mekanisme terbahagi kepada beberapa jenis seperti pautan, sistem bergear, tali sawat-dan-kapi dan sistem sesondol. Lihat juga rantaian kinematik.
kinematical variablepemboleh ubah kinematikMekanikGunaanLihat kuantiti kinematik.
kinematic diagramgambar rajah kinematikKejuruteraanTiadaGambar rajah jasad yang menunjukkan kuantiti-kuantiti kinematik halaju dan pecutan yang sepadan dengan jasad itu pada ketika yang berkenaan.
kinematic viscositykelikatan kinematikFizikMekanikKelikatan bendalir mutlak dibahagi dengan ketumpatannya yang juga dikenal sebagai pekali kinematik kelikatan yang diukur dalam unit Stokes.
kinematical equationpersamaan kinematikMekanikGunaanPersamaan yang memberikan ungkapan untuk kedudukan, halaju dan pecutan jasad dalam sebutan kuantiti kinematik. Persamaan ini tidak melibatkan daya yang berpadanan dengan gerakan yang berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas