Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizom­nya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; ~ cina nama sj palma yg daunnya berbentuk spt kipas dan tangkai daunnya panjang dan berduri, Livistona chinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kipas


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fan1n kipas; (tail of bird) kembang: electric ~, kipas elektrik; she hid her face behind her ~, dia menyembunyikan mukanya di balik kipas; radiator ~, kipas radiator; deltaic ~, kipas delta; the ~ of the pigeon’s tail,ekor merpati yg kembang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propellern kipas, baling-baling.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoulder-blade n tulang kipas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fan dancen tarian kipas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fan beltn tali (sawat) kipas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whirrvi menderu: the ceiling fans ~ed noisily, kipas siling itu menderu dgn bisingnya; swarms of locusts ~ing through the air, kawanan belalang juta yg menderu di udara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fantailn 1. fan-shaped tail, ekor kipas; 2. (flycatcher ) sambar; 3. broad-tailed pigeon, (burung) merpati ekor kembang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vanen 1. flat blade on a propeller, bilah kipas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plumen 1. ornamental feather(s) bulu (burung): a fan made from ostrich ~s, kipas yg dibuat drpd bulu burung kasuari; 2. bunch of long thin strands of material used as decoration, rambu, jumbai: the soldiers wore ~s in their helmets, askar-askar itu memakai topi besi yg berambu; 3. st shaped like or suggesting a feather, kepulan, gumpalan: a ~ of smoke rose from the chimney, kepulan asap keluar dr serombong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slackadj 1. not taut or tight, kendur: the fan belt was old and had become ~, tali kipas itu sudah lama dan telah menjadi kendur; the horse’s girth was too ~, tali perut kuda itu terlalu kendur; her grip on the bar is a little ~, pegangannya pd palang itu agak kendur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas