Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizom­nya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; ~ cina nama sj palma yg daunnya berbentuk spt kipas dan tangkai daunnya panjang dan berduri, Livistona chinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kipas


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menguroi[m«.Nu.Òoj]kata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan menggunakan angin atau kipas angin khas. Proses ini dilakukan dengan mencurahkan padi dari tempat yang agak tinggi di depan kipas angin khas yang digerakkan supaya padi terasing daripada hampaKalu padi banyak orang menguroi pakai kipaih.[kA.lu pA.di bA.øA/ .ÒAN m«.Nu.Òoj pA.kAj ki.pAC]Kalau padi banyak orang menganginkan padi menggunakan kipas.
uroi[u.ҍj]kata kerjamengasingkan padi daripada hampa dengan bantuan anginDulu-dulu orang kayoh kipaih kayu bila nak uroi padi.[dulu.du.lu o.ÒAN kA.joh ki.pAC kA.ju bi.lA nA u.ҍj pA.di]Dahulu orang kayuh kipas kayu apabila mengasingkan padi daripada hampa.

Kembali ke atas