Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizom­nya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; ~ cina nama sj palma yg daunnya berbentuk spt kipas dan tangkai daunnya panjang dan berduri, Livistona chinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kipas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTOR SANGKUT

Motor sangkut ialah enjin petrol atau motor

elektrik yang dilekapkan pada buritan bot. Motor

ini menggerakkan aci pemacu menegak yang

menggerakkan kipas. Kipas berpusing dalam air

untuk menggerakkan bot.

UMUM 
KIPAS BERSALUR

Kipas bersalur ialah kipas yang berpusing di

dalam peranti bak silinder yang dikenali sebagai

salur. Kipas bersalur biasanya digunakan pada

kenderaan kusyen-udara.

UMUM 
KIPAS

Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat

tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan

dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di

udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria

dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas

tangan yang diperbuat daripada daun palma.

Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas

mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas

digunakan juga untuk mengibas lalat daripada

bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira

pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.

UMUM 
KIPAS LANAR

Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir,

batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli

dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur

lanar berbentuk kipas.

UMUM 
KIPAS ALUVIUM

Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
AKAR BAHARAkar bahar ialah karang berwarna-warni
berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka
yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk
membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri
daripada koloni haiwan karang individu yang
dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada
tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa
terdapat di terumbu dan  perairan cetek di
sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan
Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning,
jingga, atau ungu terang.
UMUMUmum
PALMETTO

Palmetto ialah nama yang diberi kepada 14

spesies pokok palma berdaun kipas.

UMUM 
BAHADA

Bahada, kawasan bercerun landai yang terjadi akibat pertemuan beberapa kipas aluvium di kaki gunung terutama di gurun panas.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BICHIR

Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya

panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras,

berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip

sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta

tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang

panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter.

UMUM 
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM 
12

Kembali ke atas