Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizom­nya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : 1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.pas] | کيڤسبر

Definisi : ; ~ cina nama sj palma yg daunnya berbentuk spt kipas dan tangkai daunnya panjang dan berduri, Livistona chinensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kipas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compound alluvial fankipas aluvium majmukGeologiTiadaDataran aluvium yang terbentuk akibat pertumbuhan sisi kipas-kipas aluvium yang terletak bersebelahan hingga akhirnya bercantum membentuk mendapan condong yang selanjar di sepanjang depan gunung.
contrarotating propellerskipas kontraputarKejuruteraanKejuruteraan MekanikSepasang kipas pada aci sepusat yang berputar pada arah bertentangan. Kipas kedua terletak selepas kipas pertama dan berputar pada arah yang berlawanan seterusnya dapat melawan kembali kesan kilas yang dihasilkan oleh kipas biasa. Kipas jenis ini banyak digunakan dalam industri ketenteraan dan persenjataan kapal perang seperti torpedo. Kipas kontraputar dikenali juga sebagai kipas kontraputar sepaksi.
forward fankipas depanKejuruteraan Kapal TerbangTiadaKipas turbo yang mempunyai kipas di bahagian hadapan pemampat. Kipas ini juga boleh menjadi sebahagian daripada pemampat atau pemutar pisah seperti pada enjin tiga kili.
fan shootingpenembakan kipas; tembakan kipasFizikTiadaTiada
fan shootingpenembakan kipas; tembakan kipasGeologiTiadaTiada
propeller hubhab kipasKejuruteraanTiadaBahagian tengah kipas skru yang menyokong bilah-bilah, dan bertindak sebagai perantaraan untuk pelekatan pada aci kipas. Sinonim: tombol kipas.
propeller bosstombol kipasKejuruteraanTiadaBahagian tengah kipas skru yang menyokong bilah-bilah, dan bertindak sebagai perantaraan untuk pelekatan pada aci kipas. Sinonim: hab kipas.
motif kipasmotif kipasKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk kipas, lazimnya terdapat pada bahagian badan batik sarung.
fan belttali kipasKejuruteraanTiadaTali sawat yang disambung daripada aci motor ke kapi kipas untuk memutarkan kipas.
viscous drive fan clutchcekam kipas pemacu likatKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator.
12345678910...

Kembali ke atas