Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
HALUAN KIRI BARU UMUM 
PALINDROM

Palindrom ialah perkataan, ayat atau rangkap yang

dieja sama dari kanan ke kiri sebagaimana dari kiri ke

kanan.

UMUM 
GERAKAN KIRI INDONESIAGERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TE KANAWA, DAME KIRI

Te Kanawa, Dame Kiri (1944– ), penyanyi

opera New Zealand, salah seorang penyanyi

soprano yang paling disanjung di dunia. Dia telah

menyanyikan peranan utama dalam opera karya

penggubah seperti Wolfgang Amadeus Mozart,

Giacomo Puccini, Giuseppe Verdi, Georges Bizet,

dan Richard Strauss.

UMUM 
PROLAPS INJAP MITRAL

Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai

MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim

berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan

ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua

penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku

apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini

membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP

lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang

lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di

dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai

infective endocarditis yang melibatkan injap mitral

dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada

wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini

berlaku disebabkan faktor keturunan.

UMUM 
AWASAWAS, pertubuhan sayap kiri, Bahagian Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM), AWAS ialah singkatan Angkatan Wanita Sedar. Parti ini ditubuhkan pada tahun SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DIVERTIKULITIS

Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon

(usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit

di bahagian bawah kiri abdomen dan demam.

Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu

gangguan yang merebak dalam kalangan orang

pertengahan umur dan orang tua di negara maju.

UMUM 
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE

Mitterrand, François-Maurice (1916–1996)

ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga

tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand

adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi

Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara

pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua

pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang

konservatif menggantikannya.

UMUM 
NARWHAL

Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.

Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin

kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari

bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya

adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah

narwhal, kebanyakannya narwhal betina

mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal

betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang

muda menggunakan taring masing-masing untuk

bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang

diketahui, narwhal dewasa tidak pernah

menggunakan taringnya. Bagaimanapun,

kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung

taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan

untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas