Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sar] | کيسر

Definisi : putaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~; kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, peng­ubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengi­sar (padi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sar] | کيسر

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, Abutilon indicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sar] | کيسر

Definisi : ; berkisar 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. mengisar 1 menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya: Pd masa ini, orang dpt ~ padi dgn mesin. 2 menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1 menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2 memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1 alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2 orang yg mengisar (padi, gandum dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
mincen (UK) also minced meat daging kisar: I would like a pound of ~,saya mahu satu paun daging kisar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meal 2n 1. coarsely ground grain, mil, kisar: a cake made of corn ~, kek yg dibuat drpd jagung kisar; 2. (US) maize flour, tepung jagung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
groundadj reduced to fine particles, a. (by being ground in a circular motion) kisar: ~ coffee, kopi kisar; b. (by being pounded) tumbuk; c. (by stone roller) giling: ~ tumeric, kunyit giling.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
millstonen batu kisar; a ~ round o’s neck, menjadi beban kpd sso: the loan will be a ~ round your neck later on, pinjaman itu akan menjadi beban kpd kamu nanti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mincern also mincing machine pengisar, mesin kisar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
churnvi 1. move with great agitation, berpusar-pusar, berkisar-kisar: the water ~ed, air berpusar-pusar; 2. (of stomach) memulas: my stomach ~ed at the thought of the interview, perut saya memulas memikirkan temu duga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mincemeatn 1. mixture of dried fruits, spices, etc, ramuan buah-buahan kering; 2. (US) minced meat, daging kisar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas