Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sar] | کيسر

Definisi : putaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~; kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, peng­ubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengi­sar (padi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sar] | کيسر

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, Abutilon indicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sar] | کيسر

Definisi : ; berkisar 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. mengisar 1 menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya: Pd masa ini, orang dpt ~ padi dgn mesin. 2 menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1 menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2 memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1 alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2 orang yg mengisar (padi, gandum dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grinding millkilang kisar; mesin kisarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
kelarai kisar mengirikelarai kisar mengiriKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang terhasil daripada anyaman bermula dari kiri dan dikenali dan juga sebagai bunga ikat rambut di Sarawak.
theorems of Pappusteorem PappusMekanikGunaanDua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari paksi-x [Rajah T2]. Jika lengkung atau luas yang berkenaan berkisar melalui sudut q yang kurang daripada 2p, maka diperoleh hubungan yang lebih umum, A = qyL dan V = qyA. Teorem-teorem Pappus biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan sentroid apabila luas permukaan kisar ataua isi padu jasad kisar diketahui. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 200 RAJAH T2
compound epicyclic gear trainrangkaian gear kisar majmukMekanikGunaanRangkaian gear kisar yang terbentuk daripada dua, atau lebih daripada dua, rangkaian mudah sepaksi. Dalam rangkaian majmuk, ada anggota sepunya yang membentuk sebahagian daripada dua rangkaian mudah komponen yang bersebelahan. Lihat juga gear kisar.
epicyclic gear trainrangkaian gear kisarMekanikGunaanRangkaian gear yang terbentuk bukan daripada gear yang dapat berputar di sekitar paksi masing-masing, tetapi daripada rangkaian gear yang mempunyai sekurang-kurangnya satu gear yang tetap; gear yang lain berputar sambil beredar di sekitar gear yang tetap itu dengan bantuan sebatang ‘lengan’ [Rajah R1]. Istilah ‘gear kisar’ biasanya digunakan untuk rangkaian gear kisar majmuk. Rangkaian ini juga dinamai rangkaian gear planet atau rangkaian gear suria-dan-planet. Lihat juga gear kisar, rangkaian gear kisar majmuk. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 163 RAJAH R1
simple epicyclic gear trainrangkaian gear kisar mudahMekanikGunaanLihat gear kisar.
grinding mediamedium kisarKejuruteraanTiadaMedium yang diperbuat daripada besi, aluminium dan alat-alat lain dalam bentuk tertentu digunakan dalam kempa kisar.
ring geargear gelangMekanikGunaanNama yang digunakan untuk gear anulus pada gear kisar. Lihat juga gear anulus, gear kisar.
sun geargear suriaMekanikGunaanGear komponen bagi gear kisar yang berada di tengah-tengah sistem gear yang berkenaan dengan gear planet beredar di kelilingnya. Lihat juga gear kisar.
planet carrierpembawa planetMekanikGunaanAnggota lengan, atau engkol, dalam rangkaian gear kisar yang memandu gear planet berlegar di sekitar gear suria. Ilihat jugai gear kisar.
12345678910...

Kembali ke atas