Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kitab
Rujuk :buku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan-

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan.

Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya.

Lain-lain13.05.2009
Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan.Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat.Istilah20.04.2011

Kembali ke atas