Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kitab
Rujuk :buku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
sayu pelajar kelas dasar univesity fatoni ingin pertanya tata bahasa QuranEjaan yang betul ialah "al-Quran" , iaitu kitab suci agama Islam. Al-Quran juga mempunyai nama lain, seperti al-Furqan, al-Kitab dll.Istilah09.04.2015
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU?Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). Lain-lain25.03.2009
Assalamualaikum Kenapakah al-Quran dieja dengan huruf besar tetapi hadis dieja dengan huruf kecil padahal kedua-duanya merupakan sumber utama hukum dalam perundangan Islam. Sepatutnya kedua-duanya dieja dengan huruf besar bagi memuliakan wahyu ilahi.

Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat). Al-Quran digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. 

Hadis pula membawa maksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam). Perkataan hadis digolongkan dalam kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Tatabahasa18.09.2019
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:

       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  

          kertas, dakwat dan pen.

      ii. Ketua: Abdullah Salleh.

         Hari: Isnin

2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:

Dewan Sastera, IV(1974),4:9

Surah yasin:9

3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:

       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”

       Amir : “Baik,bu.”

B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:

1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:

Malam makin larut; kamu belum selesai lagi.

2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya:

Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014

Kembali ke atas