Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELANGAN GENERASI

Selangan generasi ialah istilah bagi kitaran

hidup kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan

sesetengah alga. Istilah generasi menimbulkan

kekeliruan kerana ia merujuk kepada dua fasa yang

berbeza yang membentuk satu kitaran hidup.

UMUM 
KITARAN ESTRUS

Kitaran estrus ialah proses yang menyediakan

haiwan betina kebanyakan spesies mamalia untuk

mengawan dan melahirkan anak. Ia juga dikenali

sebagai kitaran pembiakan. Dalam kalangan banyak

mamalia, kitaran estrus berlaku dalam tempoh

tertentu, yang dinamakan musim pembiakan.

Kitaran ini ditentukan masanya supaya anak

dilahirkan pada masa ia mempunyai peluang yang

terbaik untuk hidup.

UMUM 
KITARAN NITROGEN

Kitaran nitrogen ialah peredaran nitrogen di

antara atmosfera, tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan

haiwan di bumi. Semua benda hidup memerlukan

nitrogen, tetapi kebanyakan organisma tidak

boleh menggunakan gas nitrogen (N 2 ) yang

membentuk kira-kira 78 peratus daripada udara. Ia

mesti menggunakan nitrogen yang telah berpadu

dengan unsur-unsur lain untuk membentuk

sebatian. Walau bagaimanapun, bekalan nitrogen

tetap ini adalah terhad. Oleh itu, kaedah yang

kompleks untuk mengitar semula nitrogen telah

berlaku dalam alam semula jadi.

UMUM 

Kembali ke atas