Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kli.ni.kal] | کلينيکل

Definisi : 1 berkaitan dgn pemerhatian dan rawatan perubatan terhadap pesakit sebenar berbanding dgn kajian teori atau kajian makmal: Calon juga mesti mempunyai pengalaman ~ sekurang-kurangnya dua tahun selepas menerima Ijazah Perubatan. 2 (bkn dgn penyakit atau sesuatu keadaan kesihatan) dlm keadaan menimbulkan gejala yg perlu diberi perhatian atau yg dpt dikenal pasti: Diagnosis biasanya dibuat hanya dgn melihat tanda-tanda ~. 3 sangat efisien dan tanpa melibatkan perasaan berat sebelah, prejudis dsb: Eksperimen semestinya dilakukan dlm keadaan yg ~. Dlm sukan, membuat keputusan yg ~ bukan begitu sukar, pd umumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klinikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas

Saudara Norliza,

Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Tatabahasa03.08.2009
Salam Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Clinical Trial'. Adakah 'ujian klinikal' ataupun 'kajian klinikal'. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.Padanan istilah bahasa Melayu bagi Clinical Trial ialah Percubaan KlinikalIstilah03.01.2012
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
Salam. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan CLINICAL PRACTICE REKOD? Bolehkah diterjemahkan sebagai REKOD PRAKTIS KLINIKAL atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Terima Kasih.Terjemahan yang sesuai  bagi CLINICAL PRACTICE RECORD  ialah  REKOD LATIHAN KLINIKALMakna04.07.2017
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih.

Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.

Istilah04.11.2020
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
Apakah istilah "clinical latency" dalam bahasa melayu?Kami mencadangkan clinical latency diterjemahkan kepada pendaman klinikal.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2019
Bolehkah saya cadangkan supaya kata "tolerability" diterjemahkan sebagai "kebolehtoleransian" Kata ini banyak ditemui dalam protokol penyelidikan klinikal untuk menguji "tolerability of a drug"

Cadangan terjemahan bagi perkataan tolerability ialah kebolehtoleransian boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.

Makna15.02.2020
1)apakah terjemahan istilah "over couch" dan "under couch" bagi jenis mesin fluoroskopi di hospital? 2) apakah terjemahan istilah "phantom" iaitu sejenis patung yang digunakan sebagai pengganti manusia ketika uji kaji klinikal dijalankan.Untuk makluman puan, perkataan "over couch" dan "under couch" tiada dalam pangkalan data kami. Dalam pangkalan data kami hanya terdapat perkataan "couch" yang membawa maksud kerusi katil.

Mengikut pangkalan data kami, padanan untuk "Phantom" ialah "Fantom" yang membawa maksud bahan yang dibina menyerupai bentuk sesuatu organ dan boleh memberi imej organ tersebut bila dimasukkan bahan radioaktif ke dalamnya.
Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017
'Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). ' Petikan ini memberikan penjelasan terhadap makna perkataan gejala. Masalah berlaku apabila wujudnya frasa 'gejala rasuah'. Soalan saya, apakah itu gejala rasuah? Tanda-tanda akan berlakunya aktiviti rasuah? Gelagat seseorang yang mahu melakukan perbuatan rasuah? Adakah gejala rasuah ada dibuat kajian? Bolehkah kita menggunakan frasa 'gejala rasuah'? Harap dapat penjelasanMerujuk kepada makna gejala, iaitu tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, maka frasa "gejala rasuah" boleh difahami maksudnya sebagai tanda-tanda akan berlakunya rasuah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang gejala rasuah sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan, contohnya makalah Usah biarkan gejala rasuah, Berita Harian 21.05.1998 dan Gejala rasuah adalah ibu segala penyakit, Milenia Muslim Julai 2006.Makna22.04.2012
12

Kembali ke atas