Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kli.ni.kal] | کلينيکل

Definisi : 1 berkaitan dgn pemerhatian dan rawatan perubatan terhadap pesakit sebenar berbanding dgn kajian teori atau kajian makmal: Calon juga mesti mempunyai pengalaman ~ sekurang-kurangnya dua tahun selepas menerima Ijazah Perubatan. 2 (bkn dgn penyakit atau sesuatu keadaan kesihatan) dlm keadaan menimbulkan gejala yg perlu diberi perhatian atau yg dpt dikenal pasti: Diagnosis biasanya dibuat hanya dgn melihat tanda-tanda ~. 3 sangat efisien dan tanpa melibatkan perasaan berat sebelah, prejudis dsb: Eksperimen semestinya dilakukan dlm keadaan yg ~. Dlm sukan, membuat keputusan yg ~ bukan begitu sukar, pd umumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klinikal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOLOGI KLINIKAL

Psikologi klinikal ialah kajian saintifik,

diagnosis dan rawatan terhadap orang yang

mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan

dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya.

Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku

normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan

mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam

diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental.

Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan

personaliti.

UMUM 
ONKOLOGI

Onkologi ialah kajian perkembangan, rawatan,

dan pencegahan kanser. Ia merangkumi kedua-

dua penyelidikan dan rawatan klinikal. Doktor

yang mengkhusus dalam bidang onkologi

dikenali sebagai onkologis.

UMUM 

Kembali ke atas