Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klise


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Bagaimana menyebut klise? /kli.sé/ atau /kli.shé/ Terima kasih.Sebutan yang betul ialah /kli.sé/.Tatabahasa11.05.2019
Boleh nyatakan contoh ayat 'cliche'Padanan 'cliche' dalam bahasa Melayu ialah 'klise' yang bermaksud ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya. Contoh: dunia tanpa sempadan, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.Istilah27.07.2009
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Non-Sports Intrastate Internet Gambling"? Adakah "Petaruhan Bukan Sukan Antara Negeri Internet " atau "Petaruhan Internet Antara Negeri Bukan Sukan"? Adakah terdapat susunan/peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Saudari,

Terjemahan yang betul bagi perkataan "Non-Sports Intrastate Internet Gambling" ialah Perjudian Internet bukan sukan dalam negeri. Tidak terdapat susunan atau peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa kerana penterjemahan frasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu memerlukan kepekaan dan rujukan yang meluas, lebih-lebih lagi jika sesuatu frasa itu bersifat idiomatik, seperti klise, peribahasa, slanga dan ungkapan umum.
Makna13.07.2020

Kembali ke atas