Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klise


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
clicheklisePendidikanTiadaTiada
clicheklisePerpustakaanTiada1. Frasa sastera atau perkataan di dalam jurnalistik yang lazim digunakan, bersifat stereotaip atau elektrotaip.,2. Plat yang sudah biasa digunakan dalam pencetakan.
clichekliseKesusasteraanTiadaTiada
clichekliseSejarahTiada1. Frasa sastera atau perkataan di dalam jurnalistik yang lazim digunakan, bersifat stereotaip atau elektrotaip.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang kehilangan keasliannya kerana kerap digunakan.
clichekliseKomunikasiTiada1. Gambar negatif pada filem kamera. 2. Ungkapan yang sering digunakan sehingga tidak mempunyai keaslian dan keistimewaannya lagi.
hackneyedkliseKesusasteraanPuisiPengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. .
clichekliseKesusasteraanTiadaFrasa sastera atau perkataan dalam jurnalistik yang lazim digunakan, bersifat stereotaip atau elektrotaip.
hackneyedlusuhKesusasteraanPuisiLihat klise.
12

Kembali ke atas