Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klo.rin] | کلورين

Definisi : ist gas berwarna hijau kekuning-kuningan dan berbau busuk (biasanya digunakan utk membunuh kuman di dlm air dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klorin


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
klorinchlorineSejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur.Menengah Rendah
pengklorinanchlorinationProses penambahan klorin ke dalam sesuatu sebatian organik sama ada melalui tindak balas penambahan atau penggantian.Menengah Rendah
klorofluorokarbon (CFC)chlorofluorocarbon (CFC)Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin dan fluorin. Sebatian ini boleh memusnahkan lapisan ozon di atmosfera.Menengah Rendah
halogenhalogenUnsur-unsur yang tergolong dalam kumpulan 17 jadual berkala, terdiri daripada fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin.Menengah Atas
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
alkanaalkaneKumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 .Menengah Atas

Kembali ke atas