Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kluster


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Di dalam kluster atau dalam kluster 2. Di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalanganJawapan yang betul ialah dalam kluster dan dalam kalanganTatabahasa13.06.2020
1. Istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" 2. Penggunaan kata sendi nama; di dalam kluster atau dalam kluster 3. Penggunaan kata sendi nama; di kalangan atau dalam kalangan atau di dalam kalanganSalam sejahtera, 1. win-win situation- situasi sama menang 2. dalam kluster 3. dalam kalangan Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Tatabahasa22.06.2020
1.PUSAT BELI - BELAH ATAU PUSAT MEMBELI BELAH? 2.APAKAH MAKSUD KLASTER? DAN BEZA KLUSTER DENGAN KLASTER?Berdasarkan rujukan kami, tiada kata klaster. Manakala kluster terdapat dalam istilah MABBIM yang digunakan di Indonesia. Di Malaysia istilah kluster bermaksud kelompok, gugusan dalam bidang teknologi maklumat.Lain-lain10.06.2010
Program Pemuafakatan Sekolah KlusterMajlis Permuafakatan Sekolah KlusterLain-lain05.08.2008
Mohon pengesahan perkataan ini dalam tulisan jawi KlusterEjaan jawi bagi perkataan kluster ialah کلوستر

Ejaan12.04.2020
Saya ingin mendapatkan pengesahan berkaitan istilah Kluster yang digunapakai secara meluas pada masa ini. Namun dalam carian DBP, istilah ini masih tidak didefinisikan dan didaftarkan oleh DBP. Mohon pandangan, adakah istilah ini boleh digunapakai dalam pekeliling, surat edara rasmi kerajaan dan sebagainya. Jika boleh mohon dikemaskini dalam glosari istilah . TkasihPertanyaan dan cadangan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan. Kami berpandangan perkataan "kluster" telah diterima kerana penggunaanya yang sangat meluas, namun begitu pengesahan rasmi tentang perkataan "kluster" ini akan kami maklumkan terus kepada pihak tuan dengan kadar segera. Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini.Lain-lain18.03.2021
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih.Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima.Istilah16.01.2017

Kembali ke atas