Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.co/] | کوچوق

Definisi : ; mengocok 1. mengocak (menggon­cang-goncangkan) botol (yg berisi air, ubat, dll); ~ telur memukul telur; 2. membancuh (mencampur, mengaduk) kad atau daun pakau; 3. ki mencampuradukkan, memperkacau: jangan dikocok tanggungjawab jawatan dgn kepentingan sendiri; 4. bp mengapi-apikan (menghasut, mencucuk) supaya berkelahi (bertengkar dsb): kalau tidak dikocok tentu tidak timbul perselisihan ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.co/] | کوچوق

Definisi : ; mengocok 1 mecampuradukkan (mengaduk) kad atau daun terup. 2 mengoncang-goncangkan sesuatu (botol dll) supaya isinya berbaur rata: Ubat ini hendaklah dikocok dahulu sebelum diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kocok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum ... Adakah perkataan "cong" boleh digunakan dalam penulisan rasmi (tesis). Contoh penggunaan ayat adalah seperti di bawah: Sebelum memulakan permainan, pemain perlu cong kad terlebih dahulu. Sekiranya tidak boleh, apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "cong" tersebut. Sekian, terima kasih.

Perkataan "cong" tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi kerana dikategorikan sebagai dialek. Perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan tersebut serta menepati konsep seperti yang dimaksudkan ialah kocok, iaitu mencampuradukkan (mengaduk) kad atau daun terup. 

Tatabahasa15.01.2020

Kembali ke atas