Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.déks] | کوديکس

Definisi : (kodéks) (Sej) naskhah kuno dlm tulis­an tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodeks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmaceutical codexkodeks farmaseutikalPerubatanTiadaSebuah buku yang mengandungi senarai lengkap dan penerangan hasil farmaseutikal seperti ubat, bahan kimia tertentu, vitamin dan herba. Kodeks farmaseutikal dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam bidang farmasi untuk menjadi rujukan kepada pengguna hasil farmaseutikal.
codex alimentariusalimentar kodeksMakanan dan PemakananMakananHimpunan piawaian, kod amalan, garis panduan, saranan yang berkaitan dengan makanan, penghasilan makanan dan keselamatan makanan di peringkat antarabangsa. Nama ini diperoleh daripada Codex Alimentarius Austriacus. Alimentar kodeks dikenali sebagai titik rujukan di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan perbalahan berkenaan dengan keselamatan makanan dan perlindungan pengguna.
codexkodeksKesusasteraanTiadaBahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks.
codexkodeksPerpustakaanTiadaManuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku.
codexkodeksSejarahTiadaManuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku.
genetically modified foods (GMF)makanan terubah suai genetik (GMF)Makanan dan PemakananMakananMakanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain (tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma). Kebanyakan makanan ubah suai genetik yang telah dibangunkan adalah daripada tumbuhan seperti tomato, jagung dan kacang soya. Tumbuhan ini merupakan tanaman GMO (organisma yang diubah suai genetiknya) yang telah dibangunkan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga. Kesemua makanan ini perlu dinilai dengan teliti sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Panduan Kodeks Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)/Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah pun wujud untuk menganalisis makanan ubah suai genetik.

Kembali ke atas