Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.do/] | کودوق

Definisi : sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.do/] | کودوق

Definisi : ; cucur (goreng, kuih) ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, gula, pisang, dll dan digoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.do/] | کودوق

Definisi : Jk; mas ~ platinum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.do/] | کودوق

Definisi : binatang yg bergerak dgn melompat dan hidup di air dan di darat; katak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kodok ditimpa kemarau.

Bermaksud :

Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cangkem kodokcangkem kodokKerisTiadaBentuk ganja seperti mulut katak yang berkepala besar dan bermulut kecil.
clawed toadkodok kukuBiologiTiadaTiada
bufotoxinbufotoksinPerubatanTiadaToksin yang diterbitkan daripada kulit kodok.

Kembali ke atas