Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ko] | کوکو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya di­jadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ko] | کوکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnnya (biji buahnya dijadikan serbuk utk dibuat minuman coklat dll), Theobroma cacao. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koko


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOKO

Koko ialah pokok malar hijau yang bijinya,

digunakan untuk membuat coklat dan koko.

UMUM 
RABAUL

Rabaul (pend. 14 937) yang terletak di New

Britain merupakan pelabuhan yang paling sibuk

di Papua New Guinea. Rabaul mengendalikan

lebih banyak kopra dan koko daripada pelabuhan

lain di negara itu.

UMUM 
MINYAK SAYUR

Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati

daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur

digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau

memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak

ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam

bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko,

minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak

sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak,

iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan.

Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan

komposisi minyaknya lihat Lemak.

UMUM 
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 

Kembali ke atas