Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.la.bo.ra.si] | کولابوراسي

Definisi : kerjasama dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu  (Kamus DBP versi dalam Talian)

[ko.la.bo.ra.si] | کولابوراسي

Definisi : subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolaborasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
networked learningpembelajaran terangkaiTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, atau guru dengan guru dari institusi yang berbeza melalui persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Bahan pembelajaran digital boleh dikongsi dan diguna pakai bersama.
collaborative intelligence toolsalat kecerdasan kolaboratifTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola.
web 2.0web 2.0Teknologi Maklumate-PembelajaranIstilah bagi jaringan sejagat (WWW) generasi kedua yang lebih dinamik, tersusun dengan kemampuannya untuk membolehkan kolaborasi serta perkongsian maklumat menerusi aplikasi web antara pengguna Internet dengan pembekal kandungan. Web 2.0 digunakan dengan lebih meluas khususnya dalam e-pembelajaran seterusnya meningkatkan keupayaan penyampaian kandungan pembelajaran dan pentadbiran pengajaran seperti kursus terbuka raya dalam talian (MOOC), Padlet, dan Blendspace.
groupwareperisian kumpulanTeknologi MaklumatTiadaSejenis perisian multi pengguna yang direka bentuk untuk menyokong sekumpulan pengguna yang bekerja sama dalam menyiapkan suatu tugasan atau projek. Perisian ini membolehkan penyepaduan kerja, koordinasi dan kolaborasi di antara ahli kumpulan dilaksanakan dengan mencapai dan berkongsi sumber maklumat yang sama. Perisian ini juga mampu menjejaki perjalanan dan pencapaian tugasan/projek. Antara fungsi perisian kumpulan adalah e-mel, pengurusan dan perkongsian dokumen, pangkalan data, penjadualan kumpulan, perbincangan, forum, sidang video dan audio, dan sebagainya. Contoh perisian kumpulan adalah seperti Lotus Notes.
health care information infrastructure (HCII)prasarana maklumat rawatan perubatan (HCII)Teknologi Maklumate-KesihatanInisiatif piawaian penjagaan kesihatan bagi pembangunan sistem teknologi maklumat kesihatan yang saling kendali, seperti rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), sistem maklumat hospital (HIS), dan seumpamanya. Inisiatif ini juga menggalakkan kolaborasi antara sektor awam dengan swasta.
programme implementationpelaksanaan programPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan.


Kembali ke atas