Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lam] | کولم

Definisi : 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : ; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : 1 lubang di tanah yg agak luas dan dalam serta berisi air (tempat memelihara ikan dll). 2 = ~ air lubang yg besar dan dalam tempat menakung air minuman dll. 3 bekas yg dibuat drpd batu, simen dll utk diisi air. ~ renang kolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
peroi[p«.Òoj]kata kerjamenabur sesuatu.Dia peroi dedak nak bagi makan ikan kat kolam tu.[di.jA p«.Òoj d«.dA/ nA/ bA.gi mA.kAn i.kAn kAt k.lAm tu]Dia menabur dedak sebagai makanan bagi ikan dalam kolam itu.
merenyut[m«.Ò«.øut]kata namaterlalu banyak, meremut.Ikan keli kat kolam tu nampak merenyut bila ayaq koi kerin.[i.kAn k«.li kAt ko.lAm tu nAm.pA/ m«.Ò«.øut bi.lA A.jA)Ö kj k«.Òin]Ikan keli di dalam apabila air dalam kolam itu makin susut.

Kembali ke atas