Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lam] | کولم

Definisi : 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : ; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : 1 lubang di tanah yg agak luas dan dalam serta berisi air (tempat memelihara ikan dll). 2 = ~ air lubang yg besar dan dalam tempat menakung air minuman dll. 3 bekas yg dibuat drpd batu, simen dll utk diisi air. ~ renang kolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.

Kembali ke atas