Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lam] | کولم

Definisi : 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : ; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : 1 lubang di tanah yg agak luas dan dalam serta berisi air (tempat memelihara ikan dll). 2 = ~ air lubang yg besar dan dalam tempat menakung air minuman dll. 3 bekas yg dibuat drpd batu, simen dll utk diisi air. ~ renang kolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang dewasa. 2. Kolam orang dewasa berbahaya kepada kanak-kanak. (kerana) Gabungkan kedua-dua ayat dengan kata hubung yang diberikan. Sekian, terima kasih.Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang orang dewasa kerana berbahaya.Tatabahasa01.06.2016
Saya hendak bertanya ; 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. Yang manakah satu betul, di dalam atau di tengah ? Terima kasih1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. - kedua-duanya betulTatabahasa26.07.2011
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih.1. Adik berenang di dalam kolam renang.
2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup.
Tatabahasa14.01.2013
Ali menangkap ikan di tepi kolam yang cetek itu. Sekiranya ayat aktif di atas ditukar kepada ayat pasif, ayat pasif manakah yang betul? Sila beri penjelasan. Terima kasih A) Ikan ditangkap oleh Ali di kolam yang cetek itu. B) Ikan di kolam yang cetek itu ditangkap oleh Ali.

Saudara,

Ayat pasifnya ialah " Ikan ditangkap oleh Ali di tepi kolam yang cetek itu. 

Tatabahasa29.11.2010
apakah ayat yang sesuai untuk " Kolam Renang yang mempunyai saiz panjang berukuran olimpik' tapi ayat ini terlalu panjang dan saya tak nak buang perkatan olimpik? kolam renang ni hanya saiz panjang sama mcm olimpik tpi lebar nye tak sama

Ayat yang betul ialah “Kolam renang yang panjangnya berukuran Olimpik”.

Tatabahasa22.02.2022
Taman Kampung Kolam JayaSila nyatakan soalan dengan lengkap. Sekiranya tuan/puan hendak membuat permohonan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my.
Lain-lain25.05.2021
TAMAN KAMPUNG KOLAM JAYA (BANNER)Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
 
Lain-lain06.06.2017
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIRKEDAI AKSESORI KOLAM RENANGLain-lain21.12.2010
Salam sejahtera. 1. Saya dan Ali bermain tanglung. / Ali dan saya bermain tanglung. Mana satu ayat betul? 2. Saya berenang di kolam. / Saya berenang di dalam kolam. Mana satu ayat betul?1. Bergantung kepada penegasan kepada Ali atau Saya. Kedua-duanya boleh guna.
2. Saya berenang di dalam kolam.
Tatabahasa25.05.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak tahu ejaan yang betul bagi hiasan/seni kaum India yang dibuat daripada beras, hiasan yang dibuat di atas lantai, "kolum" atau "kolam"? Terima kasihWassalam,

Tuan/puan,

Dalam data kami tidak terdapat ejaan "Kolum" atau "Kolam" yang merujuk hiasan perayaan orang Indian di lantai yang diperbuat daripada beras. Hal ini bermaksud, kedua-dua istilah ini tiada dalam bahasa Melayu.

Melalui carian Internet, terdapat dua versi ejaan iaitu "Kolum" dan "Kolam", Wikipedia menggunakan ejaan "kolam" yang betul.  
Lain-lain18.04.2017
12345

Kembali ke atas