Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lam] | کولم

Definisi : 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : ; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : 1 lubang di tanah yg agak luas dan dalam serta berisi air (tempat memelihara ikan dll). 2 = ~ air lubang yg besar dan dalam tempat menakung air minuman dll. 3 bekas yg dibuat drpd batu, simen dll utk diisi air. ~ renang kolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
renang I; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan); berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~;~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg me­nelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia; berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan; merenangkan membawa berenang, mem­biarkan berenang: Benderang dititahkan ba­ginda ~ rantai terlalu besar, maka di­renang­­kan oleh Benderang dgn Badang rantai itu; renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu; perenang ahli sukan renang, ahli renang.Kamus Dewan Edisi Keempat
renang; kolam ~ kolam tempat berenang. acara (sukan dll) ~ acara (sukan dll) perlumbaan berenang. berenang 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. merenangi berenang di atau ke: ~ laut lepas. merenangkan membawa atau mem­biarkan berenang: Beliau telah berjaya ~ budak yg hampir lemas itu ke tebing. perenang orang yg pandai berenang; ahli pasukan renang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
renang; kolam ~kolam tempat berenang. acara (sukan dll) ~ acara (sukan dll) perlumbaan berenang. berenang 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. merenangi berenang di atau ke: ~ laut lepas. merenangkan membawa atau membiarkan berenang: Beliau telah berjaya ~ budak yg hampir lemas itu ke tebing.<./i> perenang orang yg pandai berenang; ahli pasukan renang.Kamus Pelajar
kolam renangkolam tempat berenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kolam renangkolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kolam renangkolam utk berenang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kolam mandikolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kolam (be)renangkolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikat kolamtepi kolam yg dibuat drpd batu dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
tebat I1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2. tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung; menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas