Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.léj] | کوليج

Definisi : (koléj) maktab; ~ perguruan maktab perguruan (tempat melatih bakal guru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.léj] | کوليج

Definisi : /koléj/ sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolej


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama?Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum.Tatabahasa10.07.2008
Majlis Permuafakatan Kolej atau Majlis Pemuafakatan KolejMajlis Permuafakatan KolejEjaan12.03.2015
Kolej Vokasional Beaufort ingin menggantung banner promosi kemasukan ke Kolej Vokasional Beaufort.Majlis Daerah Beaufort arahkan pihak kolej untuk berhubung dengan pihak DBP... apa yang perlu pihak kolej lakukan untuk memohon kebenaran menggantung banner tersebut? Terima kasih.Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan melalui laman web dbpsahbahasa.my.

1. Klik Daftar Akaun dan aktifkan akaun.
2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan. Isi Maklumat Iklan (rujuk Panduan Pelanggan) dan klik Simpan.
3. Buat bayaran sebaik sahaja permohonan berjaya disimpan.

Iklan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas bayaran dibuat.
Lain-lain16.11.2022
Kolej Vokasional akan melaksanakan pembukaan program Diploma Vokasional Seni bina landskap. Pertanyaan saya, yang manakah penggunaan yang betul (a) Diploma Senibina Landskap , atau (b) Diploma Seni Bina Landskap Mohon khidmat nasihat piahk Tuan/Puan.Terima kasih.Penggunaan nama program yang betul ialah Diploma Seni Bina Landskap.Ejaan11.11.2020
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAIAyat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAITatabahasa09.04.2013
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWIKOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWILain-lain01.12.2010
Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
assalamualaikum, tuan, Kolej kemahiran Mara Tinggi Kuantan bakal mengadakan hari perasmiaan pd pertengahan bulan ini. setelah menggunakan khidmat pengesahan bahasa dewan dan pustaka pihak kolej mendapati beberapa nama Am seperti 'Festival IOEEE 2016' dan 'pelancaran mobile technical service (MTS)' telah dipersetujui oleh pihak MARA. Pihak kolej tidak dapat membuat pembetulan pada bahagian nama-nama tersebut. persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kami bagi mendapatkan kelulusan pengesahan dewan bahasa dan pustaka tanpa mengubah kedua-dua nama tersebut? kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. sekian, terima kasihSila kemas kini permohonan tuan dalam portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan nyatakan bahawa perkataan tersebut ialah nama khas untuk makluman penyemak permohonan.Lain-lain06.10.2016
Untuk makluman , Kolej Komuniti Ampang mempunya program DIploma In Mobile Technology. Apakah nama program yang sesuai di dalam bahasa melayu yang boleh kami gunakan untuk permohonan mqa/mbotCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi Diploma In Mobile Technology ialah Diploma Teknologi Mudah Alih.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2023
12345678

Kembali ke atas