Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.léj] | کوليج

Definisi : (koléj) maktab; ~ perguruan maktab perguruan (tempat melatih bakal guru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.léj] | کوليج

Definisi : /koléj/ sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolej


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLEJ ISLAM MALAYA

Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam

yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan

kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan

menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa

Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan

rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8

April 1955.

UMUM 
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID, sekolah kerajaan. Sekolah ini terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Nama asal Maktab Sultan Abdul Hamid ialah Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School). Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 8 Disember 1908 dengan inisiatif Syekh Ahmad, Penguasa Pelajaran Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR, maktab elit Melayu yang pertama. Maktab Melayu Kuala Kangsar lebih dikenali pada masa dahulu dengan nama Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Maktab ini ditubuhkan pada 2 Januari 1905, dengan nama Malay Residential School. Pada peringkat permulaan, seramai lapan orang sahaja muridnya. Menjelang bulan Mac, jumlahnya bertambah kepada 63 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KOLEJ AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

(KUSZA) ialah sebuah pusat pengajian tinggi

Islam. KUSZA yang terletak di Gong Badak,

mempunyai kawasan seluas 144 hektar (350 ekar),

dan jaraknya kira-kira 15 kilometer dari bandar

Kuala Terengganu.

UMUM 
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Kolej Islam Klang (KIK) merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kolej Islam Klang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 1955 dan telah melalui proses penukaran nama sebanyak 3 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SORBONNE

Sorbonne, nama sebuah kolej di Paris yang

terkenal di seluruh dunia. Sehingga tahun 1970,

kolej ini menjadi Jabatan Kesusasteraan dan Sains

University of Paris. Nama Sorbonne kerap

digunakan sebagai nama universiti tersebut.

UMUM 
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Statut ini yang juga dikenali sebagai AUKU ialah undang-undang bertulis yang mengenakan peraturan berkaitan dengan kegiatan pelajar dan hal-hal lain berhubung dengan pentadbiran universiti dan pusat pengajian tinggi.

UNDANG-UNDANGAkta
IJAZAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UMUM 
RAFFLES COLLEGEkolej perubatanSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1234567

Kembali ke atas