Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lék.tif] | کوليکتيف

Definisi : (koléktif) bersama-sama atau be­ramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melaku­kan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik ber­sama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan meng­kolektifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolektif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
LADANG KOLEKTIF UMUM 
ANZUS

ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat

secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New

Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut

menggabungkan huruf pertama setiap nama negara

ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan

bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan

Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini

membahayakan mereka semua. Setiap negara

berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang

dialami bersama selaras dengan proses

perlembagaannya.” Perjanjian tersebut

ditandatangani di San Francisco pada 1 September

1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952.

UMUM 
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA

Pertubuhan Negara-negara Amerika

(Organization of American States (OAS)) ialah

persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan

menyediakan pertahanan diri secara kolektif,

kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi

secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh

kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai

undang-undang antarabangsa, keadilan sosial,

kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua

penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa

tindakan serangan terhadap satu negara Amerika

dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua

negara.

UMUM 
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan.  Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan.

BAHASAPersatuan
KIBBUTZ

Kibbutz ialah suatu bentuk komuniti Yahudi

di Israel yang anggotanya tidak memiliki harta

peribadi. Kesemua harta menjadi milik kibbutz

dan ia memenuhi segala keperluan anggota serta

keluarganya. Kesemua anggotanya bekerja untuk

kibbutz dan menerima barangan dan perkhidmatan

sebagai ganti upah. Barangan dan perkhidmatan

itu termasuk makanan, perumahan, pendidikan,

penjagaan kanak-kanak dan rawatan perubatan.

Kibbutz kadang-kadang dikenali sebagai komuniti

kolektif.

UMUM 

Kembali ke atas