Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lék.tif] | کوليکتيف

Definisi : (koléktif) bersama-sama atau be­ramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melaku­kan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik ber­sama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan meng­kolektifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolektif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective leadershipkepimpinan kolektif/kepemimpinan kolektifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
collective responsibilitytanggungjawab kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Kewajipan yang dipikul secara bersama oleh individu dan perkumpulan individu dalam sesebuah organisasi tertentu. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Menteri mempunyai tanggungjawab kolektif kepada Parlimen. Sekiranya seseorang Menteri memihak kepada cadangan pembangkang di Parlimen, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan kerana bertentangan dengan prinsip tanggungjawab kolektif. Tanggungjawab kolektif menetapkan bahawa seseorang Menteri mempunyai kewajipan untuk membela dan mempertahankan segala ketetapan yang dibuat oleh Kabinet di Parlimen.

collective agreementpersetujuan kolektifPentadbiranTiadaPenghasilan yang dicapai melalui tawar-menawar kolektif antara pihak majikan dengan kesatuan sekerja.
collectivismkolektivisme/faham kolektifSejarahTiadaSistem politik-ekonomi yang dicirikan oleh kawalan kolektif khususnya dalam pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan, berlawanan dengan sifat pasaran bebas.
collective actiontindakan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka.

collective bargainingperundingan kolektifPengurusanPerancanganSuatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas.
collectivekolektifPerpustakaanTiadaTiada
collectivekolektifSains PolitikTiadaTiada
collectivekolektifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
collective goodskolektif)EkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas