Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.kium] | کولوکيوم

Definisi : perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah; berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan; mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lo.kium] | کولوکيوم

Definisi : perjumpaan, seminar atau persidangan utk membincangkan perkara yg bersifat ilmiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolokium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.saya inginkan kepastian ttg istilah yg dgunakan ini.Yg manakah lebih tepat sama ada penggunaan Kolokium Ilmuan @Kolokium Ilmuwan?dan apakah yg membezakannya?mohon penjelasan dr pihak tuan dengan sejelasnya.Teima kasih.Frasa dan ejaan yang betul ialah Kolokium Ilmuwan. Di bawah tajuk Pembentukan Kata Baharu (Tatabahasa Dewan, halaman 307), ... akhiran -wan akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas .... Contohnya: ilmu + wan menjadi ilmuwan dan budaya + wan menjadi budayawan.Tatabahasa07.09.2011
Salam, apakah perbezaan seminar, kolokium dan wacana?Seminar dan kolokium ialah perjumpaan untuk menyelidik dan memperbahaskan se­suatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Wacana ialah perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna30.10.2014
Anda dikehendaki menyediakan 5 contoh kata aluan dr 5 org yg berbeza bagi program tersebut : Persidangan bahasa dan sastera Kolokium sejarah, bahasa dan budaya melayu. Boleh tak tlg bg contoh kata aluan bg program tersebut.Untuk makluman puan, sebelum membuat kata alu-aluan, puan hendaklah mengetahui tetamu jemputan. Setiap tetamu mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang bersesuaian dengan pangkat. Puan boleh merujuk lama sesawang prpm.dbp.gov. my untuk carian kata sapaan/alu-aluan yang bersesuaian dengan pangkat tetamu tersebut.Tatabahasa06.11.2013
Adakah pernyataan di bawah betul ? 1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak 2. Pertandingan Mendeklamsi Sajak 3. Perrtandingan Mengarang Esei 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Kolokium Meningkatkan Motivasi

Frasa/ungkapan yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa06.04.2011

Kembali ke atas