Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.bi.na.si] | کومبيناسي

Definisi : gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik; mengkombinasikan menggabungkan, me­nyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kombinasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih.Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor.Tatabahasa23.07.2015
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih.Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut.Lain-lain26.07.2007
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Salam, Apakah sendi nama yang tepat untuk merujuk julat (range)?"Dari 100 ke 1000" atau "daripada 100 kepada 1000" atau "dari 100 hingga 1000" atau "dari 100 sehingga 1000" atau kombinasi yang lain.Kata sendi nama yang betul untuk menunjukkan julat ialah "daripada 100 hingga 1000" atau  "antara 100 hingga 1000."Lain-lain25.09.2022
Soalan saya mengenai penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah". Setahu saya, hanya frasa nama boleh menyusul pemeri "ialah" dan hanya frasa adjektif atau frasa sendi nama boleh menyusul pemeri "adalah". Terdapat beberapa contoh dalam buku 'Nahu Melayu Mutakhir' oleh Asmah Haji Omar yang menggunakan kombinasi "adalah + FN". Adakah ini gramatis? Oleh sebab tatabahasa bahasa Melayu masih dalam proses kodifikasi, adakah penggunaan frasa nama selepas "adalah" dan frasa adjektif atau frasa sendi nama selepas "ialah" semakin diterima sepertimana penggunaan "oleh kerana" pada mulanya tidak gramatis tetapi sudah diterima? Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan berkaitan nahu bahasa Melayu. Kata pemeri ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 495-496. Bentuk ‘oleh kerana’ sehingga hari ini tidak pernah diterima oleh DBP sebagai bentuk yang gramatis, sebaliknya tuan harus menggunakan sama ada ‘oleh sebab’ atau ‘kerana’ sebagai penghubung musabab seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 527.Tatabahasa15.11.2014
Salam sejahtera, Dalam penulisan, perlukah nama atau jenis ubat diitalikkan? Contohnya, fentanyl, percocet, metformin, paracetamolBerdasarkan Pedoman Pembentukan Istilah Perubatan, nama dagang ubat tidak akan bertukar bentuk dan tidak perlu diitalikkan seperti Paracetamol dan Percocet. Nama umum ubat-ubatan tidak bertukar bentuknya dan tidak perlu diitalikkan kerana nama ini timbul daripada kombinasi nama kimia atau daripada nama pokok seperti Metformin dan Fentanyl.Istilah14.11.2022
ubahsuai (akronim)?Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama.  Tatabahasa04.07.2011
Bagi ayat dibawah ini, didapati perkataan "diasinkan" mempunyai imbuhan "-kan". Adakah perkataan "dikon, diawet dan dijeruk juga perlu ditambah imbuhan -kan? (7) Manufactured meat may contain— (a) where such meat or part of such meat is corned, cured, pickled or salted, sodium nitrite, potassium nitrite, sodium nitrate or potassium nitrate, alone or in combination, as permitted preservative, provided that the final product does not contain more than 200 ppm of total nitrate and nitrite calculated together as sodium nitrite; (7) Daging kilangan boleh mengandungi— (a) jika daging atau sebahagian daripada daging itu dikon, diawet, dijeruk atau diasinkan, natrium nitrit, kalium nitrit, natrium nitrat atau kalium nitrat, sendirinya atau dalam kombinasi, sebagai bahan pengawet yang dibenarkan, dengan syarat bahawa hasil terakhirnya itu tidak mengandungi lebih daripada 200 bsj jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai natrium nitritKata terbitan terhasil melalui penambahan awalan, akhiran dan apitan. Ada perkataan yang boleh menerima awalan meN... atau apitan meN...kan (bentuk pasif di...kan) dan ada yang boleh menerima kedua-dua bentuk terbitan. Hal ini perlu merujuk kamus untuk memastikan pembentukan kata yang betul. Dalam konteks ayat yang diberikan, corned dalam bidang istilah diterjemah kepada kon  seperti daging kon. Walau bagaimanapun dalam konteks umum, perkataan tersebut diterjemahkan kepada maksud yang terkandung dalam perkataan tersebut, contoh meat is corned ... boleh diterjemahkan kepada daging yang digaramkan (iaitu proses membubuh garam pada daging), diawet, dijeruk ... Corned dan salted sekiranya membawa maksud yang sama diterjemahkan sekali sahaja.Istilah05.06.2021

Kembali ke atas