Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.bi.na.si] | کومبيناسي

Definisi : gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik; mengkombinasikan menggabungkan, me­nyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kombinasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUNCI WAKTU

Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh

dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti

yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat

dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak

digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini

dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada

waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan

membuka kunci.

UMUM 
MULTIMEDIA

Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi,

fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh

komputer. Program multimedia boleh digunakan

dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan

pelbagai bidang lain.

UMUM 
NIKOLAIS, ALWIN

Nikolais, Alwin (1912–1993), koreografer

(penggubah tarian) Amerika. Koreografinya

memperlihatkan kombinasi gerakan manusia,

kostum, pencahayaan, props, dan pemandangan

yang bijak. Dia mereka bentuk setiap unsur sesuatu

persembahan dan menggubah muziknya.

UMUM 
ANAXAGORAS

Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa

perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan

seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa

semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji

benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak

pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam

kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim

hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih

yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya

kombinasi semula ini, gerakan diperlukan.

UMUM 
MCKAY, HUGH VICTOR

McKay, Hugh Victor (1865–1926) ialah rakyat

Australia yang mencipta Sunshine Harvester, iaitu

mesin penuai kombinasi yang banyak

menyumbang kepada kemajuan pengeluaran

gandum di Australia.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
GARIS KOS SAMA

Garis kos sama ialah garis yang menunjukkan pelbagai kombinasi input yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang ada pada pengeluar.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

Keluk kemungkinan pengeluaran, keluk yang menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap antara dua barang dengan andaian bahawa faktor-faktor pengeluaran dan teknologi yang digunakan adalah tetap.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
KUMPULAN ETNIK

Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia

yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang

membezakan mereka dengan orang lain dalam

sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan

mungkin mempunyai pertalian nenek moyang,

budaya, bahasa, kewarganegaraan atau

agama, atau kombinasi antara aspek-aspek

tersebut.

UMUM 
SISTEM PENANAMAN

Sistem penanaman ialah kaedah menanam

tanaman dan mengeluarkan hasil yang tinggi tanpa

merosakkan tanah. Ia melibatkan gabungan teknik

pengeluaran yang berbeza untuk menyediakan

penggunaan tanah yang paling baik. Dalam

menentukan tanaman dan kaedah pengeluaran yang

paling sesuai dengan tanah, peladang mesti

memastikan komposisi tanah, cerun, saliran dan

masalah hakisan tanah; dan sejarah penanamannya

yang lalu. Teknik pengeluaran seperti kaedah

penanaman yang berbeza, penggiliran tanaman, dan

penggunaan baja dengan betul dan racun perosak

digunakan dalam kombinasi yang berbeza untuk

membantu peladang.

UMUM 
12

Kembali ke atas