Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komersil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statutory bodybadan berkanunPentadbiranTiadaAgensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA.
nylonnilonKejuruteraanPolimerJenama komersil poliamida keluaran Dupont. Lih. poliamida.
buckeyebuckeyeKesenianTiadaBuckeye: Kejian terhadap lukisan landskap bertujuan komersil di Amerika Syarikat pada bahagian kedua abad kesembilan belas.
economic plantstumbuhan ekonomiGeografiTiadaPokok-pokok yang mempunyai nilai komersil.
high foresthutan biji benihPerhutananPengurusan HutanKawasan hutan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di samping menjadi sumber bekalan biji benih.
PCXPCXTeknologi MaklumatTiadaKependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE).
cropping diversificationkepelbagaian tanamanPertanianAgronomi

 Pertanian yang melibatkan guna tanah dengan pelbagai jenis tanaman dan tidak tertumpu hanya kepada satu atau dua jenis tanaman. Kepelbagaian tanaman dapat mengurangkan risiko kerugian sekiranya tanaman utama mengalami kemerosotan harga pasaran atau mengalami masalah serangan penyakit. Contohnya, Malaysia pada tahun 60-an, bergantung kepada tanaman getah sebagai tanaman utama dan tidak banyak tanaman lain ditanam secara komersil. Dasar kepelbagaian tanaman telah menghasilkan corak pertanian negara yang merangkumi kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama di samping pelbagai tanaman lain yang penting seperti kelapa, koko, buah-buahan, lada hitam, tanaman herba dan tanaman makanan termasuk padi, jagung, tebu, ubi kayu dan ubi keledek.


Kembali ke atas