Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mit.men] | کوميتمن

Definisi : 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komitmen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QADI ‘IYAD, AL-

Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli

hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah

Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula

ialah nama julukannya.

Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli

hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah

Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula

ialah nama julukannya. Dia dikenali ramai kerana

keilmuannya yang sukar ditandingi pada masa itu.

Tempat lahirnya di Sabtah’ iaitu sebuah bandar

di Maghribi dan keluarganya berasal dari

Sepanyol. Dia bekerja sebagai pegawai penganalisa

selama 28 tahun. Kemudian dia menjawat jawatan

kadi di Sabtah’ seterusnya di Gharnatah selama

35 tahun. Namanya harum dan dikenali ramai

sehingga orang ramai memuji sifat dedikasinya

dan komitmen yang diberikan sepanjang

memegang jawatan tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas