Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mit.men] | کوميتمن

Definisi : 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komitmen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commitmentketerikatan; komitmen/iltizamEkonomiTiadaTiada
commitmentketerikatan; komitmen/iltizamSosiologiTiadaTiada
public commitmentkomitmen awamPsikologiTiadaTiada
commitmentketerikatan; komitmen/iltizamPentadbiranTiadaTiada
commitmentketerikatan; komitmen/iltizamPsikologiTiadaTiada
engagementketerlibatanKesusasteraanTiadaKomitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif.
clients charterpiagam pelangganPentadbiranPentadbiran Awam

Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian.

departmental objectiveobjektif jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Merujuk kepada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat prestasi dalam masa yang telah ditetapkan. Di mana hasil yang capai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, misi, visi dan nilai asas dalam sesebuah organisasi. Sesebuah jabatan mestilah mempunyai objektif yang dinyatakan dengan jelas untuk dijadikan panduan bagi membawa jabatan tersebut ke arah yang betul supaya dapat menjayakan peranan dan fungsinya. Objektif jabatan juga perlu selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah.

environmental policydasar alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKomitmen organisasi dan kerajaan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, dan mekanisme yang berkaitan dengan isu alam sekitar.
gig economyekonomi gigEkonomiTiadaSatu sistem pasaran bebas bercirikan pekerjaan sementara atau sambilan dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan.
123

Kembali ke atas